Connection?kuasa terhebat dalam kehidupan

Dalam kehidupan sehari-hari kita tidak akan terlepas dari connection…connection bermaksud kita saling berhubung antara satu sama lain….perhubungan yang berangkaian kemudian akan menghasilkan network…

Dalam sehari kita berhubungan pastinya wujud konflik dan akhirnya menyebabkan sesuatu kegagalan…daripada pengalaman saya mengikuti kursus CASIC dan PIES saya dapati connection terpenting dalam hidup kita adalah connection dengan Allah….

Dan ini membezakan individu yang dirinya sentiasa connect dengan Allah dan individu yang dirinya connection dengan Allah sentiasa terputus……

Jadi kalau kita ada masalah keduniaan adalah disarankan kita balik kepada hakikat bahawa kita adalah Hamba Allah…Let connect!

tag ke tag tag tag

pernah dengar lagu tag ke tag tag tag..haha ini adalah video terbaru dari si ka lang yang saya kenal dari facebook tentang fenomena tag mengetag hehe….

Tag telah menjadi fenomena baru dalam dunia facebook apabila ramai mengamalkannya bertujuan untuk mempromosikan sesuatu…walaupun ianya dianggap biasa oleh sesetengah pihak “alah standard la tag-tag ni takkan nak kecoh kot?” begitu la komen sesetengah yang ditegur….

Namun sebenarnya tag mengetag ini adalah teknik tidak beretika dan boleh dikatakan sebagai SPAM…

SPAM adalah menjalankan promosi secara membuta tuli…jadi jika anda merasakan anda tidak buta cuba elakkan tag mengetag kepada orang yang tidak anda kenali….jangan sampai akaun facebook anda di banned akibat sikap mengetag ini ya…..

Badut dalam perniagaan

Dalam perniagaan hari ini terlalu ramai badut telah wujud dan menghiburkan ramai orang dengan air liurnya yang manis sehingga ramai ketawa dan menghulurkan duit……….

Badut dalam perniagaan ini sebenarnya bukan peniaga sebenar tetapi hanya mengaburi lawak-lawak perniagaan dengan ayat janji manis seperti

1)”Kita tak perlu jual produk,kita jual peluang je”
2)”Duduk je pun bleh dpt duit,tak susah mana pun”
3)”Login dapat duit”
4)”5 angka tanpa buat apa-apa”
5)”Buat duit sambil tengok astro”

Ini antara lawak-lawak yang pernah aku sendiri saksikan yang dikeluarkan oleh badut-badut perniagaan internet ini…..

Mereka gemar memberi janji manis dan akhirnya memerangkap si pendengar……..

Jadi kepada semua jangan lagi terperangkap dengan ayat-ayat badut ini…

Under DOG?

Ramai kita sudah mula demam bola….dan kini ianya semakin kemuncaknya…bak kata pepatah klimaks haha…
Jadi sudah pasti ramai berkata mcm mana pasukan itu menang?Dan ada juga yang berkata pasukan itu kalah….

Dalam piala dunia kali ini saya lihat ramai pasukan hebat sentiasa memberikan komen negatif terhadap lawan dan akhirnya pasukan yang dianggap under dog ini akhirnya membelasah mereka haha….

Jadi ianya sebenarnya boleh diaplikasikan dalam blog iaitu tidak kira anda sudah berapa lama berblog,jangan sesekali menganggap blogger baru seperti takde mata…..Layani baik mereka dan tegur dengan cara yang baik jika tidak berpuas hati….sebab mana tau blogger baru ini nanti akan jadi sahabat anda hingga akhir hayat…..

Bila mula membeli belah online?

Pengalaman pertama membeli belah online adalah sesuatu yang membimbangkan?Mengapa?kerana ramai sangat scammer atau penipu bermaharajalela di internet..Saya ingat lagi semasa pembelian pertama di internet iaitu membeli bat pingpong butterfly haha..memang masa tu minat sangat main ping pong….

Masa tu beli kat lelong kerana masa tu tempat paling dipercayai adalah lelong..jadi lepas dah bayar saya pun takut kalau barang tak sampai…tapi nasib baik penjual tu contact saya dan mengatakan barangan di poskan..keesokannya dapat call dari despatch yang menghantar barang…haaa lega rasanya….setelah buka pembalutnya ianya tidak mengecewakan kerana barangan memang ngetop hehe…

Sejak hari itu saya tidak jemu-jemu membeli belah secara online sehinggakan isteri saya pun dah banyak menempah barangan secara online…..Jadi jangan takut nak beli online cuma nasihat saya lihat dahulu profil penjualnya…pastikan mereka telah mempunyai rekod yang baik ya…

Mengapa tak boleh buat duit di internet?

Ramai marah-marah bila saya katakan log in facebook dapat duit haram lalu diorg pun berkata “Mengapa tak boleh buat duit di internet?Irfan Khairi boleh mengapa kitorg dihalang?”

Lalu saya pun dengan selamba berkata “Pernah g kursus Irfan Khairi?Pernah tgk modus operandi perniagaan beliau?Adakah beliau menjanjikan kekayaan dengan begitu mudah?Perkataan Log in facebook dapat duit lebih kepada hype”

Mereka terdiam dan saya rasakan ramai terkeliru dengan perniagaan internet dan skim cepat kaya berasaskan internet….



Rahsia Disebalik Rahsia

Alhamdulillah selamat datang ke blog saya..Tajuk lain macam je kan hehe sebenarnya………………..

saya ingin kongsikan sesuatu yang percuma disini iaitu panduan affiliate hasil karya eruwan gerry…

Tips PERCUMA yang berkualiti pastinya anda tidak mahu lepaskan dan jika mahukannya boleh klik laman berikut

Eruwan Gerry Affiliates

Satu lagi produk PERCUMA dari saya iaitu Mencari Niche yang Hilang

Download disini

Sila kembali lagi kerana saya akan update ebook-ebook baru atau jika tidak mahu ketinggalan sila isikan nama,email dan no telefon untuk pemberitahuan produk terbaru sama ada PERCUMA atau berbayar dari blog ini.

ISI NAMA,EMAIL,DAN NO HP DIBAWAH

First Name:
Email address:
Telephone:



Semua MLM penipu?

Salam sejahtera..ramai dikalangan anda semua mesti cakap saya ini anti MLM?Haha tidak saya bukan anti MLM tapi saya cuma ada masalah bila ada ahli MLM suka sangat merendah-rendahkan orang lain dan menganggap perniagaan merekalah yang paling berjaya….

Saya tidak mahukan orang yang berlagak bagus..siapa anda untuk mengatakan perniagaan saya sekarang tidak bagus…siapa anda mengatakan anda gerenti duit masuk…apa yang Ahli MLM perlu belajar adalah…ceritakan strength kekuatan produk baru citer pasal plan..jika citer plan dulu akan jadi lah “sindrom beli barang sorok bawah katil”

Saya ada ramai rakan-rakan begini..kesian…pinjam 20k..last-last barang ntah kemana tiap-tiap bulan tanggung hutang..huhu

Jadi kepada anda semua..perhatikan janji manis leader-leader MLM ini..mula mau tolong,bila dah jadi ahli,hangpa pi la buat sendiri…padahal sebelum tu ckp..kalau takde orang masuk takpe kitorang tolong haha..janji si penipu akan terus bermaharajalela..Pakai lah BMW,Mercedes ke?..tapi ingat kat akhirat sana…

Semoga siapa pernah menipu ni insaf hendaknya..kalau tak insaf gak lantak hangpa la ya…

Siapa Bodoh Siri 2

Saya terpanggil setelah isu hangat di FB…mengenai perkataan bodoh yang dilontarkan oleh IM..isk2…memang hakikatnya ianya tidak sepatutnya berlaku..dan saya amat-amat berharap ianya diselesaikan dengan aman…saya ni suka tak mau cari gaduh…sebab takde hal yang berfaedah hasil dari pergaduhan tu..mungkin yang dapat..pemenang akan gembira,yang kalah akan sedih dan terus berdendam….

Diharapkan yang mengeluarkan kenyataan akan memohon kemaafan secara terbuka…..

Jangan disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga,atau jangan disebabkan guruh berbunyi air tempayan dicurahkan haha

apa punya peribahasa la..tapi lebih kurang gitulah ya..

SUdahlah dunia kita kecik saja,kalau gaduh siapa nak jaga hehe

siapa bodoh?

“kalau kau hantar email ni lagi aku buat laporan polis kerana mengganggu saya bertugas………aku peduli apa kalau kau dah kaya…jangan nak putar belit la bodoh …..aku tak minat ebook kau tu kecuali baik kau sedekahkan jer pada rakyat malaysia tanpa ada kos langsung bodoh”
Apa anda lihat ayat di atas dihantar oleh subscriber anda?Huhu..saya tak kisah pun cuma ayat agak tak boleh diterima bila menganggap orang lain bodoh..dan saya tak cakap pun saya kaya..kalau tak caya lihat email asal saya dibawah:
2010/5/17 Mohd Hairil Nizam <peminatjutawan@yahoo.com>

xxx 16 Mei adalah hari guru dan disaat saya menulis email ini adalah pada jam 1.00 pm menandakan telah sehari lewat menyambut hari guru.

xxx guru adalah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang yang berilmu. Namun ilmu sahaja tanpa amalan adalah tidak mencukupi dan seringkali guru disalahkan oleh ibu bapa jika anak-anak mereka gagal disekolah…walhal anak mereka yang hanya tunggu disuap

Sebab itu saya kata “ilmu tanpa amal tidak mencukupi”….kerana ramai dikalangan kita tunggu disuap oleh guru masing-masing sehingga kenyang dan tak larat nak berfikir sendiri.

Itulah juga situasinya yang berlaku pada bidang lain terutama dalam bidang perniagaan internet. Ramai dikalangan usahawan internet baru,terlalu bergantung harap tanpa ada inisiatif sendiri untuk  memperkembangkan ilmu dan memajukan perniagaan sendiri. Semuanya nanti disuap.

Sikap begini tidak harus kekal dalam diri kita semua dan mulai sekarang cuba berdikari dengan mencari ilmu tidak kira sama ada berbayar atau tidak. Dan apa yang penting amalkan terus kerana kita akan mudah lupa jika sesuatu ilmu itu tidak dijadikan amalan.

Langkah pertama untuk mencari ilmu adalah dengan membuat pilihan bidang mana yang kita ingin dalami. Contoh jika xxx minat dalam adsense,cuba dapatkan maklumat bagaimana memulakan adsense. Cari perkara asas dahulu kemudian barulah ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga tips kali ini akan menaikkan semangat xxxx

Dan sebelum saya terlupa ,

Jika xxx ada masa boleh luangkan sedikit masa ke laman-laman tawaran seperti berikut.

TAWARAN 1#

Ebook Panduan Reseller
Harga:RM60
Sinopsis:
Panduan mengenai bagaimana mendapatkan wang daripada ebook,video panduan
yang mempunyai lesen jualan semula.Ebook ini menerangkan bagaimana mencari niche yang hot,bagaimana mempromosikan produk yang mempunyai lesen jualan semula. Boleh dikatakan ebook lengkap untuk memulakan perniagaan Resell Right.

WEBSITE:http://www.rahsiareseller.com/index.php?ref=pjutawan

TAWARAN 2#

Ebook Rahsia Flippa
Harga:RM60
Sinopsis
Panduan ini membongkarkan rahsia bagaimana melakukan site flipping. Site flipping mampu membantu kita menjual website kita yang modalnya sekitar RM90-RM500 kepada website bernilai tinggi iaitu di antara RM1000-RM1500.
WEBSITE:http://www.RahsiaFlippa.com/index.php?ref=pjutawan

TAWARAN 3#

PAKEJ JUALAN SEMULA(PRE LAUNCH)
Harga:RM50

EBOOK-EBOOK BAHASA MELAYU BERLESEN MRR
LESEN MRR

1)Boleh Jual semula dan dapat keuntungan 100%
2)Boleh Jual Lesen Resell Right

Lima ebook ditawarkan

#Kamus IM=Kamus lengkap untuk internet marketer dalam bahasa melayu. Perkataan seperti niche,hosting,domain mungkin agak asing bagi mereka yang baru namun kamus ini dapat membantu.

#EvolusiJUTAWAN=EBook berkisarkan motivasi bagaimana mengubah sikap sebagaimana sikap orang-orang kaya.

#Membina List responsif=Ebook menerangkan bagaimana membina senarai email yang memberi respon yang baik

#Memanipulasi 7 keinginan manusia=EBook yang menerangkan tentang bagaimana memanipulasi 7 keinginan manusia untuk berjaya

#Kejayaan Melalui minda positif=EBook yang menerapkan nilai positif untuk berjaya

WEBSITE:http://pakejterhebat.com/order/

Semoga segala tips dan tawaran dalam email ini memberi manfaat kepada xxx. Semoga tindakan xxx akan mengubah nasib xxx hari esok.

This message was sent by:
Mohd Hairil Nizam Abd Hamid

Tidak langsung kan?Adakah saya paksa dia beli?takde kan?so what?apa yang tak puas hati….dalam seminggu saya hantar cuma 3 kali je email ke subscriber…